APA ITU ‘DOMAIN .MY’ ? : KELEBIHAN DOMAIN INI

domain; domain .my;
domain; domain .my;

‘Domain .my’ adalah Top-Level Domain (TLD). Ia digunakan untuk mewakili Malaysia di Internet.

‘Domain .my dikelola oleh MyNIC (MY Network Information Center), merupakan pusat pengurusan domain internet di Malaysia. MYNIC bertanggungjawab untuk mengendalikan pendaftaran domain .my dan memastikan bahawa domain tersebut selamat, boleh dipercayai, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ditubuhkan sejak tahun 1998 dan merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kelebihan – kelebihan menggunakan ‘domain.my’ adalah:

  • Identiti Tempatan

Domain .my dapat memberikan identiti yang kukuh untuk perniagaan atau organisasi yang berpangkalan di Malaysia. Ini boleh membantu meningkatkan keyakinan pelanggan kepada syarikat. Memberikan imej syarikat yang baik.

  • Meningkatkan SEO

‘Domain .my’ boleh membantu meningkatkan kedudukan carian tempatan seperti Google Malaysia Jika laman web anda mempunyai sasaran pengguna atau pasaran di Malaysia.

  • Kestabilan dan keselamatan

Domain .my dikendalikan oleh MyNIC. MyNIC yang menjamin kestabilan dan keselamatan domain ini. Ini bermakna pemilik domain boleh bergantung pada MyNIC untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan selamat.

  • Peraturan yang Ketat

MyNIC mempunyai peraturan dan syarat yang ketat untuk pendaftaran domain, yang membantu memastikan bahawa domain .my digunakan dengan betul dan mematuhi peraturan. Ini memberikan kelebihan kepada yang mengunakannya.

  • Mudah Diingati

Anda mempunyai peluang untuk mencipta nama domain yang mudah diingati dan sesuai dengan jenama perniagaan anda apabila mengunakan domain .my.

Persoalannya, bagaimana untuk kita dapatkan domain .my ini? Jangan risau, anda boleh dapatkan di https://www.web-hosting.net.my/domain-name-registration.html.

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Leave the first comment