BEZA DOMAIN .COM.MY, .MY DAN LAIN-LAIN

Apabila pelanggan kami ingin mendaftarkan domain perniagaan, soalan ini selalu ditanyakan kepada kami. Baca artikel ini untuk dapatkan pemahaman yang lebih baik. Kenapa anda perlu faham dan tahu tentang perkara ini?

1. Nama domain ini akan didaftarkan untuk tempoh paling kurang setahun

2. Ianya tidak boleh ditukar nama melainkan anda perlu daftar domain yang baru.

3. Jika anda tersilap daftar domain, anda tidak boleh membaiki nama domain tersebut.

Apa itu Domain .my?

Domain .my merupakan country-code top-level domains (ccTLD) dimana ia mempamerkan kod negara bagi domain tersebut.

Apa itu ccTLD?

ccTLD merupakan salah satu kategori top-level domain (TLD) dan boleh dikenalpasti berdasarkan kod dua huruf terakhir bagi domain negara tersebut.

CONTOH:  kod bagi negara Malaysia adalah โ€œmyโ€. Maka semua domain yang berakhir dengan.my menunjukkan website itu datang daripada negara Malaysia.

Sebagai pengurus nama domain Malaysia, MYNIC menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain yang unik untuk sesebuah organisasi atau individu seperti:-

  1. .my
  2. .com.my
  3. .org.my
  4. .net.my
  5. edu.my
  6. mil.my
  7. name.my

FAKTA MENARIK

1.      Pengaktifan Domain .my hanya mengambil masa beberapa jam mengikut pendaftar

2.      Semua domain yang berakhir dengan my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my. mempunyai fungsi tersendiri dan terhad kepada pemohon tertentu sahaja.

3.      Domain .my untuk semua organisasi atau individu warganegara Malaysia.

4.      Domain .com.my untuk organisasi atau aktiviti komersial seperti syarikat.

5.      Domain .net.my untuk organisasi atau aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian

6.      Domain .org.my untuk pertubuhan atau organisasi.

7.      Domain .name.my untuk semua individu yang tinggal di Malaysia

8.      Domain .edu.my untuk organisasi pendidikan Malaysia sahaja

9.      Domain .gov.my untuk kerajaan Malaysia sahaja.

10.  Domain .mil.my untuk ketenteraan Malaysia sahaja.

Kesimpulannya, jika anda mendaftar domain sebagai individu, anda hanya boleh mendaftar domain .my atau .name.my. Manakala anda ingin mendaftar organisasi ataupun syarikat, anda boleh mendaftar domain .my, .com.my dan .org.my.

 

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Leave the first comment