5 TANDA-TANDA WEBSITE PERNIAGAAN ANDA MENUJU KEGAGALAN

JANGAN RISAU ANDA MASIH MAMPU MENGUBAHNYA JIKA ANDA BERTINDAK SEKARANG

Anda seorang peniaga yang telah mempunyai Laman Web perniagaan anda sendiri? Belum? Kalau belum, boleh baca artikel ini dahulu (Klik di sini).

Sudah? Kalau sudah, ini mungkin artikel yang sesuai untuk anda.

Kita mulakan dengan beberapa soalan dahulu. Sila jawab dalam hati soalan-soalan dibawah:-

Laman Web anda telah beroperasi?

Bagaimana operasi Laman Web anda?

Adakah beroperasi dengan baik?

Kemudian, bandingkan dengan perkara-perkara yang kami ingin sampaikan ini. Ini adalah 5 tanda website perniagaan tidak beroperasi dengan baik yang perlu anda berikan perhatian.  

  • REKA BENTUK YANG TIDAK MENARIK ATAU TIDAK USER-FRIENDLY

Ini boleh membuat pengunjung tidak berminat untuk terus menjelajah laman web dan membawa kepada penurunan jumlah pelawat. Penurunan jumlah pelawat, menyebabkan jumlah pelanggan anda akan berkurang.

  • ISI KANDUNGAN YANG TIDAK RELEVAN ATAU TIDAK BERKUALITI

Ini boleh mengurangkan kepercayaan pelanggan terhadap bisnes anda dan menjejaskan reputasi anda. Pelanggan akan rasa tidak yakin untuk membeli atau mengunakan servis anda.

  • TIDAK MENGOPTIMALKAN LAWAN WEB UNTUK MESIN PENCARIAN

Ini boleh membuat laman web anda tidak ditemui oleh pelanggan berpotensi yang mencari produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda. Pelanggan anda tidak dapat berurusan dengan anda dan tiada proses jual beli dapat dibuat.

  • KEGAGALAN UNTUK MEMASTIKAN LAMAN WEB ANDA SELAMAT DAN TERJAMIN.

Ini boleh mengakibatkan maklumat peribadi pelanggan dicuri dan membawa kepada kerugian kewangan dan reputasi bagi bisnes anda. Pelanggan akan mula marah kepada anda dan tidak akan berurusan dengan anda kembali?

Anda ingin memastikan Laman Web anda selamat dan terjamin? Dapatkan sekuriti laman web anda di www.serverfreak.com.

  • LAMAN WEB ANDA BEROPERASI DENGAN SANGAT PERLAHAN

Ini boleh membuat pengunjung kehilangan kesabaran dan meninggalkan laman web anda sebelum ia dimuatkan. Pelanggan tidak akan membuang masa walaupun beberapa minit untuk menunggu laman web dimuatkan (Loading).

Laman web anda perlahan dan tidak sepantas pencabar anda? Dapatkan khidmat nasihat daripada pasukan kami di www.serverfreak.com.

   

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Leave the first comment